Saturday 9 April 2011

kerja gila

assalamualaikum,
its been, 1 month n da half since my very fist day to work.
ada sedikit conclusion dr overall nya part.
aku tak dak la been busy gila hehe.
but working life is tiring.
SETIAP HARI PADA BULAN PERTAMA SAYA TIDUR JAM 9 MALAM.
mybe nak adapt memula..hehe.
setelah sekian lama, tidur bangun ikut rasa.
bila kerja, baru ko rasa mcm mana.
susah dan nikmatnya mencari sesuap rasa!

this is what happen to me on my very first day posting :)

first day posting,
aku kagum melihat kad punch atas nama aku seniri :) yuhuuuuu...yuhuuu teruja smpai tangkap gambaq. hahaha. ah! lantak kau la nak cakap aku jakun. aku tetap teruja. punch kad oh cepat!

first day posting,
aku mendapati.. 'kenapa aku mcm kenai ja bos aku ni, dimana yaa?'
what a small small world,. taraaaaaaaa,...BOS-KU adalah JIRAN-KU.
tell me your nightmare.
this is the one that i cant ever imagine and never dare to dream off.

first day posting,
dia dah suruh buat patient.
aku pk at least bg la aku warm up dulu kan, observe2 ke..hai hai staff sana sini ke kann....actly suma tu dalam mimpi indah aku ja :P hahahah...(sukahati aku ja)
aku gagal mencabut gigi - due to some circumstances. hehe. lama gila tak cabut! nervous aku! :P kantoy disitu nescaya, seseorang telah pulang dari kerja dalam keadaan loser gila. hehe.

first day posting,
aku dah ada masalah bahasa - due to certain terms of instruments, dental asst aku dah gelak kan aku. naseb pakai mask. kurang sket merah di muka tanda malu. hahahah.,. nak buat mcm mana...terima ja lahhhh...sekali lagi aku balik dengan bawa hati rasa loser gila. tapi takpa, biar malu salah sebut, dari malu salah cabut. :)

first day posting,
the journey was really long. aku tak tipu. aku kerja sampai pukul 6.
im stuck somewhere in the middle sampai kul 9 bru smpai rumah,.
oh ya! kereta rosak :)
for the very first time aku naik on-tow. :)
lupa nak mention: AKU DAN JIRAN-KU (selepas waktu kerja : refer to BOS)
kereta dia merajuk sb JIRAN-ku mention nak tukaq keta Sonata,.

nah kau tak percaya kereta juga punya perasaan.
rasa hiba bila dia nk diduakan.
langsung tak mau berjalan.
inikan orang yang mmg tak mahu dimadukan.
apa pula kereta yang jadi pengangkutan.

kalau tak percaya cuba kau bicara tentang kereta dalam kereta :P
pasti kau rasa apa yang aku rasa.

Sunday 6 March 2011

mula kerja :D

16 february 2010.

hari pertama saya mula kerja.
kau tatau betapa aku excited gila.
setelah bebulan aku menggangur lama.
akhirnya aku sudah ditrima kerja.

trimas, kerajaan. terima kasih kementerian kesihatan :)

its been a very weird day.
cos the whole day, everywhere i went, they called me 'doktor'.
awkward. janggal. geli. suma rasa ada.

mungkin aku tak biasa.
mungkin gak aku mmg dah biasa yang aku cuma biasa2 aja.
mama papa teman aku mendaftar.
(rasa macam budak darjah satu nak masuk skolah pun ada. hehehe)
tapi aku tak kira. aku buat muka tebai ja.
aku tau mak aku happy gila.
aku tau pak aku gumbira juga.
takpa la depa share2 hari pertama dengan saya :)
tanpa mereka siapa la saya.
tanpa mereka tak mungkin saya sampai sini juga.

mak aku suh aku pakai heels.
ok.
aku ikut cakap dia.
terhuyung hayang aku dibuat nya.
tapi demi mak tercinta aku redha kan saja.

then.
teng teng teng.
aku dapat tempat posting.
alhamdulillah.
happy nya mak pak aku :)
kalau depa happy maka dengan itu aku wajib juga happy.
sb aku cuma happy bila depa happy.
kuala kangsar, here we come.
aku da pk juah2 dia nak campak aku.
alhamdulillah.
berkat beg yg packing utk tiga hari bakal di lerai sebentar lagi.
sb im going to stay with my family :)
takyah pk ketakutan duduk jauh dari keluarga lagi. dan lagi,.
alhamdulillah.

saat mendaftar di kuale...:P
to be continue....

Monday 13 December 2010

Graduation Day



aku mungkin tak seterang mentari..
juga tak seindah bulan..
langsung tak persis seperti bintang.
Terima Kasih, ya Allah..
utk perhatian-Mu,kelapangan-Mu, dan rezeki-Mu.


Alhamdulillah. Alhamdulillah.Alhamdulillah.

setelah 5 tahun pengajian.
tamatlah sudah program degree :)
mama.papa.elin.schani.ipan. cica.
for their very first time (kecuali elin) landed di bumi volcano ashes ini :)
terima kasih sb datang graduation Along.
hadiah terbesar dalam hidup along. to be exact : sepanjang hidup Along :)


cuma..

tak total happy.
wasnt for everyone.
wasnt for myself either.
i wasnt complete at all.

to my very best friends..
tetap berdoa.
tetap semangat.
tetap usaha.
tetap kuat.
tetap berlari.

setiap permulaan pasti ada akhirannya.
pasti datang bila tiba waktunya.
jgn pernah putus asa..

-------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday 17 November 2010

9 November 2010

Alhamdulillah :)

Officially, Lulus.

Mama, Papa.. This is for you :)

24 :)



On 23rd of October..but to be precise, 19 Safar 1407..
(supposedly belum tiba lg bulan Safar hehe)

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ilahi, dengan limpah kurnia nya..sy sudah berusia 24 :) Terima Kasih Mama.. Selamat Hari Ibu, the very first day u became a Mother
(sory adik2 jgn jeles. hehe. disbb kan Along keluar dulu, i already stole the date. forever mine :P hehe)

Mama. Papa. thank you utk segala nya :)

here am i.Bandung again :) terima kasih kawan2 for the "party" :) hehe.
terharu sgt2. :) tak dapat dinyatakan dengan kata2..
all the balloons, red n white theme :)
my very first wedges.
my very first heels.
my very first tafsir.
my very first romantic dinner with my best friends :)

Alahamdulillah.

Sunday 14 November 2010

28th of October 2010

a man came to me today.

drop by to show me a light between the sunlight.



he smiled brightly.

he stared deeply.

he said such a beautiful things today.

i guess Allah sent him,

to remind me.



him:"kamu mahu rasa susah?"



me: "tiada siapa mahu rasa susah,pak"



him:"kamu tahu mana datang yang rasa senang?"



me:"dari rasa susah dapatnya rasa senang, pak"



him: "jadi, jangan pernah bilang ga mahu rasa susah,.."hadapi saja,harungi saja, pelajari saja, jangan pernah bilang

tidak mahu,.."biar orang lain bicara tentang kita, berkata tentang kita, meski kita tidak berkata satu apa pun pada

mereka, jangan pernah simpan sekumit pun dihati mu itu utk rasa dusta dan sakit pada mereka,..kerna dengan itu..

insyaAllah, apa jua yang mendatang, pada saat susah juga kamu pasti merasa senang"





him:"kamu udah bernikah?"



me:"belum,pak"



him:"insyaAllah, suamimu pemilik mu, dan kamu adalah hatinya suami mu..mata yang baik tidak semestinya bisa melihat

semuanya terang, tapi hati yang baik pasti dapat membawa semuanya ke arah yang terang"



him: "perlakukan semua orang seperti mana kamu ingin diperlakukan..buangkan amarah dihatimu, sedih dan gelisah,

kerna Allah telah tetapkan tiap sesuatu yg istimewa buat semua umat-Nya pada akhir cerita"



me: "terima kasih pak..."



sesungguhnya,aku manusia yang mudah lupa

maafkan aku yaAllah. aku umat yang kerdil,mudah nyatakan rasa, lupa menilai kan dosa.subhanaAllah.

Al-fatihah

dulu, kalau nakal..

atok mesti buat action ngeri.

cuba-cuba gigit kami.

gigi atok bley kuar sana sini.

along.syami.elin mesti jadi takut skali.



kami: "mcm mana atok buat macam tu?"

atok: " kena blaja rajin-rajin baru bley buat macam ni"

kami: "magic la atok ni kan" -sambil pegang gigi masing2 yg ompong beberapa.

----------------------------------------------------------------------------------------------

bila malam, kami masuk dapur nak minum ayeq sejuk.

curi-curi bukak peti.

jumpa gigi!

kami trus jd tak berani bukak peti lagi.



kami: " atok gigi magic atok kat peti"

atok: " jangan curi" - senyum puas hati.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

pagi-pagi.

atok siap2 pakai boot, pagoda putih. topi.



kami: "atok nak pegi mana?"

atok: " nak pegi bendang"

kami: "nak ikut"

atok: "naik beskal, mana cukup"



kami duduk rumah, boring skali tgk tv.

kami duduk depan tunggu dia balik.

curi-curi bagi ayam atok makan sesekali.

baling-baling beras. rasa kool skali.



skali ada bunyi..

"grooorhhhhhhh"

binatang tu hitam skali, setinggi kami...



kami: " aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"



lari-lari ke depan tapi grill kunci...

opah ketawa2 geli hati.



kami: "opahh...binatang ape tuuu,atok ckp dia cuma ada ayam ja"

opah: " itu la ba alip ba ya"

kami:" haa..?"---masing2 cari kertas sb baru iqra dua.

--------------------------------------------------------------------------------------

atok balik tengahari.

duduk dapur dengan baldi.

duduk saja atas kursi, pagoda putih letak tepi.

badan atok byk benda2 hitam...



kami:"atok awat banyak sangat benda2 itam2 ni?eee"

atok:"atok bela depa ni"

kami: "haaaa? byk nya darah atok keluaq!tak sakit ka tok"--sedih tgk atok

atok: " mcm ni la nak cari sesuap nasi"



kami menyesal baling2 beras banyak kat ayam tadi.. :(

----------------------------------------------------------------------------------------

kami suka bila puasa.

balik kampung berbuka sama.

mama kasi pilih suma benda kita suka.

asal tak lebih 3 ringgit saja.



along amik air tebu :)

syami amik ayam percik :)

elin amik ayam percik jugak :)



siap2 bentang tikar besaq kat rumah atok.

tunggu atok balik dari simpang.

atok bawak balik banyak barang.

dengar bunyi motor,kelam kabut lari lintang pukang.

mama pesan salam, cium, peluk bila datang :)



kami: "atok beli apa?"--smbil jari-jemari sibuk belek plastik hitam atok.

atok: "hotdog"

kami: "yey!"

atok: "cuba pegang"--- tiga2 masuk tangan dlm plastik

kami: "awat panjang btui, licin plak tu belum goreng ka atok"

atok: " hotdog kampung mmg macam tu, fresh dan tak kedekut.."



kami happy gila tunggu opah goreng.

along.syami.elin bwak kuar makanan mengidam masing2.

kalut sangat takut dengar azan.

along "termandi" air tebu.

mama marah bukan kepalang.

atok renyih saja.

opah pun tak marah :(

merajuk mogok sb kena marah. duduk tepi air mata meleleh.

nak makan hotdog kampung pun tak lalu.



atok: " nurul suka tebu. nanti atok tanam byk2 kat depan"



bila dah azan.

along.syami.elin cari hotdog kampung.

sedap gila.

rasa macam ikan keli.

takda rasa hotdog langsung.



kami: "ni hotdog apa atok?"

atok: "ni la belut"

kami: "haaa?"



papa gelak kan ja.kami pun tatau apa tu belut.

----------------------------------------------------------------------------------------------



kami suka bila petang.

sb grill depan tak kunci.

atok bagi main lari-lari.

syami suka kacau anak-anak ayam.

atok bagi along elin kutip rambutan.



kami: " atok kenapa umah atok byk sgt pokok-pokok?"

atok: " satu pokok utk satu cucu atok"

kami: "whua..along elin syami dpt pokok apa?"--muka excited dpt pokok.

atok: "nurul dapat tebu. syami dapat durian.elin dapat rambutan"

kami: "yey, kita ada pokok buah!"



along tau napa along dpt pokok tebu :)

syami juga :)

elin pun :)

------------------------------------------------------------------------------------------

bila cuti dah habis.

kami:"mama,kenapa tiap kali cuti kami kena duk rumah atok?"

mama: "sb atok opah kan ayah mak mama, jadi depa pun ayah mak along.syami.elin jugak.

kena sayang atok opah macam sayang mama papa"

kami: "kenapa atok opah tak tinggal rumah kita ja?"

mama: "sb rumah atok opah kan special"



aah...btul :)

------------------------------------------------------------------------------------------

:( too many memories to write down...



tiada kata dpt menggambar hati.

tiada pesan dpt smpaikan semua sayang.

tiada alasan untuk tak rindu..



alfatihah.

<3 ahmad zainuddin bin yahya & syahrizad binti adam <3