Wednesday 17 November 2010

9 November 2010

Alhamdulillah :)

Officially, Lulus.

Mama, Papa.. This is for you :)

24 :)



On 23rd of October..but to be precise, 19 Safar 1407..
(supposedly belum tiba lg bulan Safar hehe)

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ilahi, dengan limpah kurnia nya..sy sudah berusia 24 :) Terima Kasih Mama.. Selamat Hari Ibu, the very first day u became a Mother
(sory adik2 jgn jeles. hehe. disbb kan Along keluar dulu, i already stole the date. forever mine :P hehe)

Mama. Papa. thank you utk segala nya :)

here am i.Bandung again :) terima kasih kawan2 for the "party" :) hehe.
terharu sgt2. :) tak dapat dinyatakan dengan kata2..
all the balloons, red n white theme :)
my very first wedges.
my very first heels.
my very first tafsir.
my very first romantic dinner with my best friends :)

Alahamdulillah.

Sunday 14 November 2010

28th of October 2010

a man came to me today.

drop by to show me a light between the sunlight.



he smiled brightly.

he stared deeply.

he said such a beautiful things today.

i guess Allah sent him,

to remind me.



him:"kamu mahu rasa susah?"



me: "tiada siapa mahu rasa susah,pak"



him:"kamu tahu mana datang yang rasa senang?"



me:"dari rasa susah dapatnya rasa senang, pak"



him: "jadi, jangan pernah bilang ga mahu rasa susah,.."hadapi saja,harungi saja, pelajari saja, jangan pernah bilang

tidak mahu,.."biar orang lain bicara tentang kita, berkata tentang kita, meski kita tidak berkata satu apa pun pada

mereka, jangan pernah simpan sekumit pun dihati mu itu utk rasa dusta dan sakit pada mereka,..kerna dengan itu..

insyaAllah, apa jua yang mendatang, pada saat susah juga kamu pasti merasa senang"





him:"kamu udah bernikah?"



me:"belum,pak"



him:"insyaAllah, suamimu pemilik mu, dan kamu adalah hatinya suami mu..mata yang baik tidak semestinya bisa melihat

semuanya terang, tapi hati yang baik pasti dapat membawa semuanya ke arah yang terang"



him: "perlakukan semua orang seperti mana kamu ingin diperlakukan..buangkan amarah dihatimu, sedih dan gelisah,

kerna Allah telah tetapkan tiap sesuatu yg istimewa buat semua umat-Nya pada akhir cerita"



me: "terima kasih pak..."



sesungguhnya,aku manusia yang mudah lupa

maafkan aku yaAllah. aku umat yang kerdil,mudah nyatakan rasa, lupa menilai kan dosa.subhanaAllah.

Al-fatihah

dulu, kalau nakal..

atok mesti buat action ngeri.

cuba-cuba gigit kami.

gigi atok bley kuar sana sini.

along.syami.elin mesti jadi takut skali.



kami: "mcm mana atok buat macam tu?"

atok: " kena blaja rajin-rajin baru bley buat macam ni"

kami: "magic la atok ni kan" -sambil pegang gigi masing2 yg ompong beberapa.

----------------------------------------------------------------------------------------------

bila malam, kami masuk dapur nak minum ayeq sejuk.

curi-curi bukak peti.

jumpa gigi!

kami trus jd tak berani bukak peti lagi.



kami: " atok gigi magic atok kat peti"

atok: " jangan curi" - senyum puas hati.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

pagi-pagi.

atok siap2 pakai boot, pagoda putih. topi.



kami: "atok nak pegi mana?"

atok: " nak pegi bendang"

kami: "nak ikut"

atok: "naik beskal, mana cukup"



kami duduk rumah, boring skali tgk tv.

kami duduk depan tunggu dia balik.

curi-curi bagi ayam atok makan sesekali.

baling-baling beras. rasa kool skali.



skali ada bunyi..

"grooorhhhhhhh"

binatang tu hitam skali, setinggi kami...



kami: " aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"



lari-lari ke depan tapi grill kunci...

opah ketawa2 geli hati.



kami: "opahh...binatang ape tuuu,atok ckp dia cuma ada ayam ja"

opah: " itu la ba alip ba ya"

kami:" haa..?"---masing2 cari kertas sb baru iqra dua.

--------------------------------------------------------------------------------------

atok balik tengahari.

duduk dapur dengan baldi.

duduk saja atas kursi, pagoda putih letak tepi.

badan atok byk benda2 hitam...



kami:"atok awat banyak sangat benda2 itam2 ni?eee"

atok:"atok bela depa ni"

kami: "haaaa? byk nya darah atok keluaq!tak sakit ka tok"--sedih tgk atok

atok: " mcm ni la nak cari sesuap nasi"



kami menyesal baling2 beras banyak kat ayam tadi.. :(

----------------------------------------------------------------------------------------

kami suka bila puasa.

balik kampung berbuka sama.

mama kasi pilih suma benda kita suka.

asal tak lebih 3 ringgit saja.



along amik air tebu :)

syami amik ayam percik :)

elin amik ayam percik jugak :)



siap2 bentang tikar besaq kat rumah atok.

tunggu atok balik dari simpang.

atok bawak balik banyak barang.

dengar bunyi motor,kelam kabut lari lintang pukang.

mama pesan salam, cium, peluk bila datang :)



kami: "atok beli apa?"--smbil jari-jemari sibuk belek plastik hitam atok.

atok: "hotdog"

kami: "yey!"

atok: "cuba pegang"--- tiga2 masuk tangan dlm plastik

kami: "awat panjang btui, licin plak tu belum goreng ka atok"

atok: " hotdog kampung mmg macam tu, fresh dan tak kedekut.."



kami happy gila tunggu opah goreng.

along.syami.elin bwak kuar makanan mengidam masing2.

kalut sangat takut dengar azan.

along "termandi" air tebu.

mama marah bukan kepalang.

atok renyih saja.

opah pun tak marah :(

merajuk mogok sb kena marah. duduk tepi air mata meleleh.

nak makan hotdog kampung pun tak lalu.



atok: " nurul suka tebu. nanti atok tanam byk2 kat depan"



bila dah azan.

along.syami.elin cari hotdog kampung.

sedap gila.

rasa macam ikan keli.

takda rasa hotdog langsung.



kami: "ni hotdog apa atok?"

atok: "ni la belut"

kami: "haaa?"



papa gelak kan ja.kami pun tatau apa tu belut.

----------------------------------------------------------------------------------------------



kami suka bila petang.

sb grill depan tak kunci.

atok bagi main lari-lari.

syami suka kacau anak-anak ayam.

atok bagi along elin kutip rambutan.



kami: " atok kenapa umah atok byk sgt pokok-pokok?"

atok: " satu pokok utk satu cucu atok"

kami: "whua..along elin syami dpt pokok apa?"--muka excited dpt pokok.

atok: "nurul dapat tebu. syami dapat durian.elin dapat rambutan"

kami: "yey, kita ada pokok buah!"



along tau napa along dpt pokok tebu :)

syami juga :)

elin pun :)

------------------------------------------------------------------------------------------

bila cuti dah habis.

kami:"mama,kenapa tiap kali cuti kami kena duk rumah atok?"

mama: "sb atok opah kan ayah mak mama, jadi depa pun ayah mak along.syami.elin jugak.

kena sayang atok opah macam sayang mama papa"

kami: "kenapa atok opah tak tinggal rumah kita ja?"

mama: "sb rumah atok opah kan special"



aah...btul :)

------------------------------------------------------------------------------------------

:( too many memories to write down...



tiada kata dpt menggambar hati.

tiada pesan dpt smpaikan semua sayang.

tiada alasan untuk tak rindu..



alfatihah.

<3 ahmad zainuddin bin yahya & syahrizad binti adam <3

Saturday 13 November 2010

love letter

Sunday, June 6, 2010 at 1:55pm

assalamualaikum..

kehadapan mamanda, papanda, adinda sami, elin, sani,ipan dan cica sekalian..
along mohon maaf kerna tidak dapat pulang dalam masa terdekat ini kerna along ada banyak requirement belum setel lagi. along harap semua paham, kondisi along disini.walaupun along jarang cerita dan cakap ok saja bila cerita, tapi along sebenarnya mmg tengah bertahan dan berusaha sepenuh jiwa.. along terharu semalam cica tanya along bila along nak balik..sebab cica nak tengok muka along dah bulat ke bujur ke..sebab cica lama tak pegang along..along pun nak tengok cica besar mana...sebab tiap kali along balik..cica dah tinggi sekali..along berharap sangat along ade power orb supaya along bley balik rumah sesuka hati. tapi suma itu dalam cerita tv bukan realiti.haih.lagipun along telah banyak spent wang utk patient-patient jadi berat pula hati ingin meminta wang kepada papanda dan mamanda utk duit beli tiket flight lagi.tapi deep inside my heart, setiap malam along ingin slalu pulang ke rumah kita yang toink toink itu. hari ini along calculate2 along sudah 6 bulan tidak pulang ke teratak kita iaitu amount paling lama sekali along tidak pulang sejak along disini. i rindukan kalian sejuta-juta lemon rasanya. tapi apakan daya..jarak memisahkan kita..tapi jangan putus asa, insyaAllah along pulang bila sudah tiba masanya. kemarin along cuba beli tiket raya, tapi along kesal asyik tak berjaya saja.lalu along tidur penuh rasa frust dijiwa. but dun wory. nanti along tanya mamanda.. along harap semua orang paham..bukan along tak nak pulang ke desa, tapi along betul-betul nak balik dan tidur lena di kusyen kita dengan perasaannya lega tanpa memikirkan apa-apa. tidur smpai siang,tak mandi dan menonton bola sepanjang masa. eh. tipu along tak suka bola. especially to mamanda, anakanda mu merindui mu berbilion trilion lemon :( bila along tension, putus asa dan down gila.. along cuma ingatkan mamanda saja. u keep me going and fighting.. everything i do, i do it for u.. along rindu mama peluk along dan rasa lega dalam hati bila mama peluk along.. rasa macam suma benda dalam dunia boleh settle.. along rindu mama :( i wish i cud b there for u. mamanda tunggu along balik tau..

i <3>
wassalam..

long time no see!

salam.

its been a while (cheh)
mana da. lama gila tak bley bukak blog..
sbb gua lupa password gua.
hahahaha..

insyaAllah.
time to time ill figure out to post it pelan2 :)
byk benda dah jadi..
yang sedih, yang happy, n yang bukan2 pun ade.
hehe..actually i almost give up on blogging.
sb rs mcm *efbkwnfkfgjkdgnkjngkjgkgk*
(indescribable feeling)
bila baca balik all the previous posts..
bru sedar, its important to capture every moment :)

mana nak tau someday hilang ingatan, lupa daratan n etc..
sekurang2 nya ini bley jadi landasan..
to remember every precious moment
:)